Rahsia Jana Pendapatan Internet ‘Sistem Lombong Emas’ Style

Bagi internet marketer Malaysia, nama Gobala Krishnan bukanlah satu nama yang asing. Malah, beliau boleh dianggap salah seorang lagenda dan sifu bagi ramai internet marketer yang sedang naik. Kisah suka duka, pahit manis dan kejayaan beliau telah diabadikan dalam buku beliau yang bertajuk ‘The New Millionaires’ atau ‘Jutawan Era Baru’. Anak kelahiran Keluang Johor yang mendapat pendidikan dari Multimedia University (Malaysia) menjadi inspirasi dan pemacu semangat untuk ramai anak-anak muda Malaysia yang lain untuk berjaya setelah kejayaannya menerokai Lombong Emas internet dan kemudiannya menghasilkan buku-buku panduan bermutu yang mengajar ramai rakyat Malaysia menjana wang menerusi internet terutamanya dengan menggunakan sistem affiliate, Clickbank dan GoogleAdSense.

jutawan era baru

Saya pertama kali mengenali dan membeli buku nukilan Gobala Krishnan pada tahun 2008. Ketika itu saya teraba-raba dan tidak faham bagaimana hendak buku akaun Paypal dan Clickbank, apalagi hendak menjana wang darinya. Namun, penulis muda ini berjaya memberi penerangan menakjubkan – mudah dan ringkas dan sejak itu saya pun hanya duduk di rumah dan menjana pendapatan dari internet yang sememangnya Lombong Emas yang tidak ramai kita sedari terutama 5 – 10 tahun yang lalu. Syabas buat Gobala Krishnan dan saya memang amat kagum dengan kesungguhan dan kesabarannya yang menderita hampir 3 setengah tahun lamanya sebelum berjaya menemui formula yang membawa beliau ke Lombong Emas itu. Lebih mengkagumkan bila dia sanggup berkongsi kejayaannya dengan membongkar segala rahsia nya agar lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kejayaan sepertinya.

gobala

kerja mcm gila

Sistem Lombong Emas: Rahsia Menjana Pendapatan Pasif Dari Internet adalah buku terbaru yang dihasilkan oleh Gobala. Bagi mereka yang belum memilikinya, saya galakkan anda membelinya terutama yang masih baru dalam bidang ini. Banyak tips yang telah saya ketahui di tulis di sini, namun terdapat juga tips-tips terbaru yang ternyata amat membantu. Terima kasih bro. You still the best!

Ok. Anda mungkin tertanya-tanya apa itu ‘Sistem Lombong Emas’? Untuk penerangan lengkap, saya cadangkan anda miliki sendiri produk Sistem Lombong Emas: Rahsia Menjana Pendapatan Pasif Dari Internet ini. Namun, saya boleh kongsikan sedikit apa yang bakal diajar oleh Gobala dalam buku terbarunya yang juga mengandungi beberapa video penerangan berguna dari beliau. Ia diajar sedikit demi sedikit dan walaupun anda masih baru sekalipun anda boleh berjaya sepertinya, insya-allah.

Asasnya Sistem Lombong Emas mengajar anda mempromosikan produk secara effisen iaitu melipat kali gandakan keuntungan tanpa perlu berkerja keras dalam hal promosi, iklan dan sebagainya. Hal tersebut, biarlah diserahkan oleh orang lain terutama mereka yang terkial-kial menjana wang dari internet seperti anda (harap maaf :D ). Yang hebatnya (tetapi bergantung juga lah kepada kehebatan produk anda itu), untung yang diperolehi amat menakjubkan dan boleh buat anda terkebil mata melihatnya. Cuba lihat ‘screenshot’ di bawah. Ia adalah hasil yang diperolehi oleh Gobala Krishnan dengan menggunakan Sistem Lombong Emas ini. Terkeluar dah biji mata???

produk lombong

produk

pendapatan

Ok. E-book dan video Sistem Lombong Emas ini bukan FREE dan teknik dan yang digunakan juga bukanlah PERCUMA juga. Malah, anda kena ada ‘operating expenses’ tiap-tiap bulan untuk menjayakannya. Jadi, ‘word of cautious’ buat anda semua yang kelam kabut hendak membeli produk ini. Nanti marah saya pulak :wink:

Cuma, kebaikkannya dan jika anda benar-benar serious hendak menjana wang besar dari internet, maka inilah sistem terbaik yang boleh saya ‘recommend’ kan. Jika di buat secara betul dan mengikut yang di ajar oleh Gobala Krishnan, insya-allah 100% gerenti buat duit secara pasif tiap-tiap bulan dengan banyaknya. Dan yang paling best ialah anda tak perlu menjaga sangat website dan produk anda itu. Ia nya hampir ‘auto-pilot’ buat duit untuk anda. HEBAT kan?

recurring Income

Sistem Lombong Emas boleh disifatkan sebagai sistem laman keahlian  (Membership site) dengan pengendali memperolehi apa yang dikenali sebagai ‘recurring Income’ atau pendapatan berulang daripada para pelanggan setiap bulan. Bayangkan sistem yang digunakan oleh Astro, Maxis, TNB dan sebagainya. Susah ya? Tak apa, baca Sistem Lombong Emas, semuanya diterangkan nanti.  Selamat membaca!

- Rahsia Jana Pendapatan Internet ‘Sistem Lombong Emas’ Style

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Rahsia Jana Pendapatan Internet ‘Sistem Lombong Emas’ Style”

  1. [...] blog. Oleh itu pengetahuan mengenai WordPress amat penting sebelum anda boleh menjadi menakluki ‘Lombong Emas’ internet. Untuk menjadi blogger hebat dan usahawan internet berjaya, pengetahuan mengenai cPanel [...]

Leave a Reply