Pakar Buat Duit AdSense

Google-AdSense-cheque

Gambar kredit: shoemoney.com

Ramai blogger yang tahu apa itu Google AdSense dan ramai yang cuba menjana pendapatan melaluinya. Namun, bukan semua yang berjaya. Malah dari 10,000 blogger, mungkin seorang sahaja yang dapat merasa check atau duit dari Google AdSense ini dengan secara konsisten setiap bulan. Hakikat yang perit buat blogger semua ketahui, namun ianya adalah benar. Bukan mudah hendak menjana duit dari Google AdSense ini. Ramai juga yang belum pun merasa duit dari program ini, tup tup akaun mereka pula di tutup. Google amat tegas dalam menjalankan program ini. Jadi pastikan juga anda membaca polisi program dan syarat-syarat yang mereka tetapkan. Jangan terlalu ghairah mengejar klik di blog anda sehingga akaun di tutup.

Namun terdapat juga mereka-mereka yang menjadi kaya raya hanya dengan program ini. Mereka ini adalah ‘Pakar Buat Duit’ dari Google AdSense. Jika anda susah hendak membuat USD 3 sebulan, jangan terkejut jika saya kata, mereka boleh mendapat USD $300,000 sebulan hanya dari program ini sahaja. Ia memang boleh dilakukan dengan syarat anda mempunyai blog atau website yang cukup daya tarikan dan di ‘optimize’ kan untuk menjana pendapatan dari Google AdSense.

Mashable

Pakar-Pakar Buat Duit Duit AdSense ini kebanyakkanya mempunyai banyak website ‘niche’ bagi tujuan ini. Lebih banyak website, lebih banyak potensinya kan? Namun, ada juga website-website yang cukup hebat dan mampu menjana wang dari Google dengan mudahnya. Antara yang terhebat adalah website Mashable.com. Ia ditubuhkan oleh oleh  Pete Cashmore pada tahun 2005 dan website ini dikatakan menjana USD $ 600,000 sebulan.Website ini tertumpu kepada berita-berita berkaitan IT dan media sosial. Anda boleh lawati laman web ini DI SINI.

Pakar buat duit AdSense yang seterusnya adalah Kevin Rose, pemilik website Digg.Com. Website ini dilancarkan oleh Kevin pada tahun 2004 dan merupakan laman media sosial dan bookmarking yang terkenal. Ia dikatakan menjana pendapatan buat Kevin Rose sebanyak USD $ 250,000 sebulan. Website ini juga mencatatkan jumlah pengunjung sebanyak 1 juta setiap hari. Sila lawati laman web Digg DI SINI.

Digitalpoint.com dilancarkan oleh Shawn Hogan pada tahun 2005 dan website ini memberikan pakar buat duit AdSense ini sebanyak USD $ 500,000 sebulan. Website ini mulanya dilancarkan dengan nama Data Point Solutions pada tahun 1995 dan memfokuskan pada berita-berita IT dan produk digital. Lawati laman web ini DI SINI.

Salah satu blog yang Blog Pakar suka baca adalah TechCrunch dan ianya dihasilkan oleh Michael Arrington pada tahun 2004. TechCrunch menghasilkan pendapatan AdSense sebanyak USD $ 240,000 sebulan. Ianya kini dimiliki oleh Yahoo. Untuk pergi ke blog TechCrunch, klik DI SINI.

Selain dari nama-nama di atas terdapat ramai lagi pakar-pakar buat duit AdSense yang lain dan di antaranya ialah Nick Halstead dari Tweetmeme (USD $ 225,000 sebulan), Brian Alvey and Jason Calacanis dari WebLogs (USD $ 190,000 sebulan), PerezHilton.Com oleh Mario Lavandeira (USD $200,000 sebulan), ShoeMoney.Com oleh Jeremy Shoemaker (USD $140,000 sebulan) dan ClickIndia.Com oleh Pankaj Agarwal (USD $ 85,000 sebulan).

Sebenarnya terdapat ramai lagi ‘big earners’ dalam program Google AdSense ini, namun untuk tidak terlalu memanjangkan artikel ini, Blog Pakar senaraikan yang paling terkenal sahaja. Di harap anda semua teruja dengan kejayaan mereka dan bersemangat untuk menjadi seperti mereka. Semoga berjaya dan menjadi Pakar Buat Duit AdSense Malaysia pula.

- Blog Pakar

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pakar Buat Duit AdSense”

  1. [...] way, your visitors are more likely to click on the advertisements displayed on your site, hence, more revenues on your end. You also have to work on ensuring that your visitors are real people. Bringing in fake traffic to [...]

Leave a Reply