Dalam entri yang lalu, ada Blog Pakar menyentuh mengenai kesabaran dan menulis artikel yang berkualiti sebanyak yang boleh. Ini penting bagi membantu anda mengelakkan diri dari penangan ‘Google Panda’ dan ‘Google Penguin’ yang sentiasa meneliti kandungan blog anda. Penalti dari Google Panda dan Penguin ini amat digeruni oleh ramai blogger. Namun, terdapat juga blog-blog dan website yang telah pulih selepas menerima impak kedua-dua agen Google itu. Tetapi kerugian dari segi trafik dan ranking tetap dirasai. Oleh, itu berhati-hati lah dengan Penguin dan Panda.
Soalan yang pasti tergambar difikiran anda selepas ini adalah: Apakah itu Google Panda dan apakah dia Google Penguin? Dari segi namanya pun tidak menakutkan, akan tetapi mengapa digeruni oleh blogger dan pemilik website?
Adalah menjadi hasrat Google untuk menjadi enjin carian yang utama di alam internet dan memastikan pengguna-penggunanya mendapat pulangan maksima dari penggunaan enjin carian Google. Oleh itu, laman-laman web dan blog yang berkualiti rendah dan meRAJAi enjin carian Google perlu dinyahkan terlebih dahulu. Oleh itu, Google memperkenalkan dua pindaan pada ‘algorithm’ enjin carian Google pada tahun 2011 bagi menjayakan misi ini.
Pindaan pertama di namakan ‘Google Panda’ dan mula menjalankan misi nya seawal bulan Februari 2011. Sasaran Panda adalah laman-laman web yang rendah kualitinya (poor contents) dan ini asaskan oleh beberapa faktor termasuklah dari segi reka bentuk, kelajuan, cara artikel dihasilkan, keyakinan pembaca kepada kandungan blog itu dan macam-macam lagi. Ia agak rumit (sophisticated) dan menggunakan algorithm yang lebih canggih. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui cara membina laman website yang berkualiti dan diiktiraf Google Panda, silalah rujuk artikel Google Webmaster Central Blog. Apa yang pasti, banyak laman-laman web dan blog yang terasa penangan Sang Panda.
Seterusnya Google melancarkan pindaan kedua yang dinamakan Google Penguin. Misi Si Penguin pula ialah untuk mencari dan laman-laman dengan pautan yang tidak berkualiti (poor links). Ini biasanya dilakukan oleh ‘black hat’ SEO yang antara lain menggunakan teknik-teknik seperti link scheme, duplicate contents dan sebagainya. Laman-laman web yang sama dibuat banyak kali bagi mendapatkan banyak link untuk laman-laman mereka dan ini menyebabkan ranking mereka naik dan laman yang berkualiti duduk di bawah. Namun, selepas kehadiran Si Penguin ini, teknik SEO sebegini tidak berkesan lagi, malah akan mengakibatkan website/blog anda merundum.
Secara kesimpulannya kedua-dua pindaan (update) ini sebenarnya memberikan kesan yang baik buat semua pengguna Google. Ia juga memberi tamparan hebat buat mereka yang cuba mengambil jalan mudah bagi membuat keuntungan. Jika anda berminat untuk mempelajari SEO terbaik bagi menghadapi Panda dan Penguin, mungkin anda boleh membaca artikel dari Neil Patel yang bertajuk “An Easy-to-Understand Link Building Plan to Help You Recover from Penguin and Panda”. Selamat membaca dan mencuba nanti.
- Blog Pakar
October 16th, 2012
Blog Pakar 

Posted in
Tags: 


