Maserati GranTurismo Sport Di Pasaran Malaysia

Maserati GranTurismo Sport

Bila bercakap mengenai kereta-kereta dari negara Itali, kita pastinya akan membayangkan kereta-kereta mewah kelas atasan seperti Ferrari dan Lamborgini. Sememangnya negara kelahiran Rocky Balboa adalah tempat kereta-kereta jelita lagi hebat dibuat dan menjadi kegemaran peminat-peminat kereta di seluruh dunia. Nama Maserati pula walaupun tidaklah sepopular nama Ferrari mahupun Lamborgini, namun kualiti dan rupa bentuk kereta-kereta keluaran mereka tidak kurang hebatnya juga. Antara yang menarik perhatian peminat kereta seluruh dunia ialah kereta Maserati GranTurismo yang kini pasarkan di pasaran Malaysia oleh syarikat Naza Italia Sdn Bhd.

Maserati GranTurismo Sport adalah kereta mewah keluaran syarikat Maserati dari Itali yang ‘sporty’ dengan dua pintu. Ia adalah evolusi dari kereta Maserati GranTurismo yang mula dihasilkan dan dipamerkan buat pertama kali di Geneva Motor Show 2007. Dari GranTurismo ini lahir pula GranTurismo S pada tahun 2008 dan yang lain-lain lagi seperti GranTurismo MC, GranTurismo S Automatic, GranTurismo MC Sport Line, GranTurismo MC Stradale sehinggalah yang terbaru dan dipamerkan buat pertama kali di Geneva Motor Show 2012: Maserati GranTurismo Sport.

Kehadiran Maserati GranTurismo Sport ini adalah bagi menggantikan GranTurismo S. Antara perubahan ketara pada GranTurismo Sport ini adalah pada enjin yang lebih bertenaga (4.7L engine rated 460 PS (338 kW; 454 hp)), spoiler depan dengan gaya terbaru, lampu depan yang baru dan rekaan dalam yang dipertingkatkan. Ia terdapat dalam pilihan auto atau manual pada 6-kelajuan transmissi.

 

Harga bagi Maserati GranTurismo Sport

Harga bagi Maserati GranTurismo Sport pasaran Malaysia adalah RM1,118,000 (RM 1 juta +++). Jadi bagi mereka yang berduit apa lagi ya, jangan di tunggu dan sambar kereta yang amat cantik lagi jelita ini.

Pengedar tunggal bagi Maserati GranTurismo Sport  di Malaysia, Naza Italia Sdn Bhd telah mensasarkan untuk menjual kereta-kereta keluaran Maserati sebanyak 250 hingga 300 buah kereta setahun. Rasa-rasanya berapa buah Maserati GranTurismo Sport yang bakal terjual di pasaran Malaysia nanti?

- Maserati GranTurismo Sport Di Pasaran Malaysia

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply