Buat Duit Melalui Program Affiliate

Salah satu cara yang popular dikalangan blogger dan pemilik laman web untuk menjana pendapatan dari internet adalah dengan menyertai program-program affiliate yang memberikan komisyen atas jualan yang diperolehi. Dari program-program yang besar dan terkenal seperti Clickbank, Amazon dan Commission Junction hinggalah yang sekecil-kecilnya seperti menjual buku alat tulis dan sebagainya. Produk-produk yang dipromosikan termasuklah biasanya produk-produk digital, namun ada juga program affiliate untuk produk-produk lain seperti permainan, pakaian dan perkhidmatan (contohnya: langganan hosting).

Program affiliate menjadi popular kerana terdapat ramainya usahawan atau bakal usahawan internet yang tidak mempunyai produk sendiri tetapi mahu menjana wang di internet. Keduanya, pemilik produk mendapati dengan menggunakan sistem program affiliate, mereka dapat menumpukan lebih masa kepada penghasilan produk dan soal pemasaran boleh diserahkan kepada affiliate berdaftar.

pemasaran affiliate

Biasanya masaalah yang dihadapi oleh mereka yang baru menceburkan diri dalam program affiliate adalah 1. Bagaimana memilih produk yang sesuai?  2. Bagaimana mahu memasarkan produk tersebut?

Harus diingatkan bahawa bukan semua produk boleh mendatangkan hasil dengan serta merta dan jangan lupa juga persaingan dari otai-otai affiliate dan mereka yang telah lama berkecimpung dalam program ini. Oleh itu, bakal-bakal affiliate perlu menyediakan diri dengan pengetahuan yang cukup dalam bidang ini sebelum memulakan langkah awal menceburi bidang ini.

pakar affiliate

Antara persediaan yang perlu di buat termasuklah dari segi pengetahuan dan kewangan. Pengetahuan meliputi teknik-teknik membuat duit dari program affiliate itu, seo dan promosi. Kewangan pula diperlukan bagi tujuan membina laman web yang bertenaga menarik trafik dan pelanggan serta tujuan pengiklanan jika perlu. Anda boleh menggunakan sumber-sumber yang murah dan percuma, akan tetapi tentulah hasilnya juga tak sama dengan mereka yang mengeluarkan modal yang lebih. Namun, modal yang lebih juga tidak mencukupi jika pengetahuan dan teknik yang diketahui tidak mencukupi.

Mahukah Anda Menjadi Seorang Pakar Affiliate?

- Buat Duit Melalui Program Affiliate

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply