Kebelakangan ini kita sering mendengar keluahan-keluahan blogger yang blog mereka dicerebohi atau diserang oleh hackers. Lebih popular dan lebih lama sesuatu blog itu di persada internet, maka lebih tinggi lah keberangkalian ia menarik perhatian dan menerima serangan hackers. Bergantung kepada tahap serangan dibuat, tidak semua serangan bertujuan untuk melumpuhkan blog atau website. Kebanyakkannya cuma gertakan atau cubaan mengodam oleh hackers atau penggodam yang baru belajar ilmu ini. Sedikit kerja-kerja pemulihan boleh dibuat sendiri oleh pemilik blog atau website dengan sedikit bantuan pakar jika perlu. Namun, jika serangan dibuat atas tujuan hasad dengki atau marah, maka siaplah, kehancuran tahap maksima terpaksa anda hadapi. Biasanya ini terjadi kepada blog atau website bersifat politik atau mempunyai maklumat yang sensitif.
Bagi kami di Blog Pakar, kami rasa tiada cara yang sempurna atau ‘perfect’ untuk melindungi blog atau website anda dari serangan hackers/penggodam. Jika nasib anda tidak baik dan digodam oleh penggodam pakar, maka apa-apa langkah keselamatan yang anda buat mungkin belum cukup untuk menewaskan hacker-hacker yang handal ini. Ada sahaja teknik mereka untuk menembusi blog anda. Read the rest of this entry »
May 1st, 2013
Blog Pakar 
Posted in
Tags: 


